........Go for fresh and healthy food. Cook yourself!

Pages

Saturday 15 October 2011

Salad Buah-buahan


Bahan-bahan

  • 1 biji epal merah, kiwi, oren, pear
  • 1/2 biji tembikai 
  • Nata de Cocoa perisa laici
  • Kismis
  • Mayonise

Cara-cara

  • Potong dadu semua buah 
  • Gaulkan potongan buah-buahan dengan mayonise dan kismis
  • Sejukkan di dlm peti ais sebelum dihidang

Friday 14 October 2011

Ikan Bakar

Bahan-bahan ( 3-4 org makan )
  • 1 ekor ikan (pari) 
  • 1 serai diketuk
  • daun limau purut dihiris
  • air asam jawa
  • daun pisang dan aluminium foil
Bahan-bahan dikisar:-
  • 5 cili merah
  • 5 cili kering
  • 5 cili api
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • garam
Cara-cara
  • panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan naik minyak
  • masukkan serai, garam dan air asam 
  • letakkan daun pisang di atas aluminium foil dan letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi
  • tutup daun pisang dan foil
  • bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua-dua bahagian
  • hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

Tomyam Ikan

Bahan-bahan ( 1-2 orang resipi anggaran )
  • Ikan kerapu atau ikan merah yang segar diambil isinya saja dan potong-potong dalam 2-3 inci 
  • Lengkuas dihiris nipis-nipis*
  • Serai dibelah 4 atau ketuk*
  • Tomyam paste*
  • Daun limau purut*
  • Tomato dan sayur mengikut selera
  • Jus limau
  • Garam,gula mengikut rase

Cara-cara

  • Satukan semua bahan yang bertanda * dalam periuk bersama dengan air dan masak sampai mendidih 
  • Kemudian masukkan isi ikan dan sayur
  • Perasakan ikut selera dan siap untuk dihidang
(jangan masak terlalu lama kerana isi ikan akan relai atau hancur)